Khamis, Julai 29, 2010

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Satu perkhemahan bagi unit berunform akan diadakan di padang sekolah SK Pos Raya esok, 30 julai hingga 1 ogos 2010. semua murid tahap 2 dan guru-guru terlibat sepanjang 3 hari perkhemahan berlangsung..yang terlibat unit beruniform Pengakap dan Kadet Remaja Sekolah (TKRS)

Rabu, Mei 12, 2010

SELAMAT HARI GURU 2010




SELAMAT HARI GURU DIUCAPKAN KEPADA SEMUA GURU SK POS RAYA
TEMA:
"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"
16 MEI 2010

Isnin, Mei 10, 2010

Dewan Negara: Khidmat Jalur Lebar Di Sekolah Akan Dipertingkat, Kata Rais

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Dewan Negara pada Khamis diberitahu bahawa perkhidmatan jalur lebar di 9,884 sekolah yang menyertai program SchoolNet perlu dipertingkatkan.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, ini kerana sasaran satu Mbps (megabits sesaat) dari segi kelajuannya di sekolah-sekolah berkenaan masih belum dapat dicapai.

"Dengan lain perkataan, kelajuan khidmat jalur lebar di sekolah-sekolah perlu kita tingkatkan dan peningkatan ini memerlukan beberapa prasarana baru, salah satu daripadanya ialah penggunaan sistem wimax atau wifi tanpa wayar.

"Yang ada pada masa ini ialah pancaran menerusi satelit dan ini pada keseluruhannya, didapati tidak begitu memuaskan dari segi keterangan bahan-bahan yang diterima atau integriti saluran yang diterima, kualiti salurannya yang dipakai, juga kelajuannya, " katanya ketika menjawab soalan Senator Mohd Khalid Ahmad.

Bagaimanapun, Rais berkata pihaknya berharap menjelang hujung tahun ini, penambahbaikan dalam khidmat jalur lebar akan dapat dilakukan di sekolah-sekolah berkenaan dalam tiga aspek iaitu penurunan kos, kualiti penerimaan dari segi integriti dan saluran bebas rintangan.

Selain itu, beliau berkata sebanyak 1,089 Perpustakaan Desa di seluruh negara sedang dilengkapi dengan peralatan perkhidmatan jalur lebar yang melibatkan Telekom Malaysia selain Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Terdahulu, Rais berkata kementeriannya telah menggunakan pelbagai pendekatan untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat di negara ini termasuk menyediakan Pusat Internet Desa, Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP), Pusat Jalur Lebar Komuniti dan rangkaian SchoolNet.

"Selain itu, orang ramai turut didedahkan dengan latihan dan kemahiran ICT serta diberikan sijil selepas menamatkan sesi pembelajaran.

"Seramai 250,000 orang terdiri daripada pelajar sekolah, suri rumah dan warga emas telah dilatih di bawah projek USP sehingga kini," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Idris Buang di Dewan Negara di sini.

Idris meminta Rais menyatakan taraf penguasaan pembelajaran komputer dan IT di kalangan masyarakat Malaysia mengikut negeri dan cara untuk mengurangkan jurang digital yang ada.

Beliau berkata pelbagai kandungan tempatan dan aplikasi turut disediakan seperti e-Government, e-learning dan e-banking untuk meningkatkan penguasaan ICT dan pengetahuan serta memberi manfaat kepada komuniti setempat melaksanakan urusan dengan kerajaan dari segi pembayaran cukai, permohonan kerja ataupun perbankan.

Katanya, kajian impak yang dijalankan beberapa institusi pengajian tinggi jelas menunjukkan bahawa terdapat kesan positif terhadap penguasaan pembelajaran ICT di kalangan masyarakat bandar dan luar bandar.

"Sebanyak 76.5 peratus responden bersetuju bahawa pelaksanaan projek-projek tersebut telah meningkatkan tahap kemahiran dan penguasaan ICT," katanya.

Bagaimanapun, Rais berkata pihaknya tidak mempunyai maklumat atau data khusus berkaitan tahap penguasaan pembelajaran ICT bagi setiap negeri.

Kepada soalan lain, beliau berkata semua lapisan masyarakat perlu menerima hakikat bahawa ICT merupakan satu elemen tamadun baru atau kaedah dan pendekatan hidup yang baru.

"Setelah diteliti dalam keadaan sejagat dan juga setempat, didapati bahawa perubahan ini sedang menular dan ia diterima baik di seluruh negara, cuma yang menimbulkan masalah kini ialah tentang pensajian atau pemberian khidmat jalur lebar, atau dalam ertikata lain, bagaimana jalur lebar itu dapat menembusi keluarga, individu, sekolah, jabatan-jabatan kerajaan dan lain-lain," katanya.

Beliau berkata, ketika ini kadar penembusan jalur lebar di negara ini ialah 35.4 peratus daripada enam juta isi rumah.

"Ertinya kepada Malaysia ialah bahawa setakat ini, proses wifi dan wimax misalnya, sudahpun mencapai tahap tempat ketiga di dunia.

"Justeru, apa yang telah digariskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (DAtuk Seri Najib Tun Razak) dalam sektor ICT kita tampaknya Malaysia adalah melangkah ke depan dengan cara yang positif sekali," katanya.

Rais berkata, dalam penyediaan infrastruktur kemudahan itu, kerajaan menghadapi masalah di beberapa negeri, antaranya lewat mendapat kebenaran daripada kerajaan tempatan dan pengenaan sewa yang tinggi.

Bagaimanapun, katanya, usaha sedang dijalankan bagi membolehkan kadar sederhana dan mampu dikenakan terhadap pengguna perkhidmatan jalur lebar di negara ini.

-- BERNAMA

LAWATAN KE KAMPUNG ORANG ASLI


satu lawatan ke kampung orang asli oleh guru-guru dan staff sekolah telah diadakan pada 10 April 2010 yang lalu.

gambar sebelah cikgu-cikgu semua disambut, dijamu dengan biskut dan minuman..







pose istimewa Cikgu Raja bersama anak-anak orang asli Kampung Pos Slim

SUKAN TAHUNAN 2010

Sk Pos Raya telah mengadakan sukan tahunan sekolah pada 28 Mac 2010 bertemp[at di padang sekolah. Majlis bermula dimulakan dengan upacara perasmian oleh Tuan Pegawai Kokurikulum dari Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara iaitu En. Ramli .

MAJLIS PERPISAHAN GURU

Kelab Guru sekolah telah mengadakan jamuan perpisahan kepada 3 orang guru Sk Pos Raya yang telah bertukar ke sekolah lain bermula awal persekolahan lalu. Jamuan tersebut diadakan di Bilik Gerakan sekolah pada pukul 2 petang untuk meraikan guru-guru tersebut serta dalam masa yang sama meraikan 2 orang guru baru di sekolah ini. Guru yang diraikan itu ialah En. Amiruddin yang telah bertukar ke Sk Ampang, En. Mokhzaidie yang ditukarkan ke Sk Pengkalan Pegoh dan En. Ng Boon Siang yang bertukar ke sekolah. semua guru-guru dan staff sekolah mengucapkan Selamat Maju Jaya dan Selamat Berbakti di tempat baru. Jasa anda akan tetap dikenang oleh semua warga Sk Pos Raya.

Isnin, Januari 04, 2010

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2010

Selamat kembali ke sekolah bagi murid-murid Sk Pos Raya bagi sesi 2010 dan selamat memasuki alam persekolahan kepada murid-murid tahun satu yang baru memulakan alam persekolahan. Alam yang akan mengajar dan mendidik kita menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.