Selasa, Disember 29, 2009
Rabu, Disember 23, 2009
SEJARAH SK POS RAYA
Hutan Pulai, Kampung Kepayang menjadi kawasan tempat tinggal orang asli sejak dulu lagi. Terdapat dua kumpulan etnik orang asli yang tinggal di kawasan hutan ini iaitu golongan kaum Semai dan kaum Temiar. Bandar Gopeng merupakan bandar utama yang selalu mereka kunjungi. Dalam tahun 70an, sebuah sekolah untuk anak-anak orang asli telah dibangunkan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Sekolah ini dibina di perkampungan Pos Slim, dimana penduduknya terdiri daripada kaum Semai.Murid seramai 50 orang dan guru yang mengajar seramai 3 orang di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA).
Dalam tahun 1988, sekolah ini dipindahkan ke Perkampungan Pos Raya, di mana dua buah bangunan telah dibina iaitu sebuah bangunan pejabat dan sebuah kelas tahun 4 dan 5. murid tahun 6 ditempatkan di surau yang dibina oleh Jabatan Perdana Menteri (Jakim), sementara tahun 1,2 dan 3 ditempatkan di sebuah rumah berdekatan.sebuah rumah lagi dijadikan rumah guru. sekolah ini dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, En. Jamin b. Idris K.M.N. pada 27 Ogos 1988.
Pada tahun 1990, jalan raya dari Simpang Pulai ke Cameron Highlands mulai dibina.Dengan itu, JHEOA menghantar kenderaan (bas sekolah)untuk kemudahan anak-anak berulang-alik ke sekolah. Terdapat beberapa buah perkampungan lain di sekitar sekolah ini yang mana penduduknya adalah dari suku kaum Temiar iaitu Kampung Paung Kampung Chiduk, Kampung Lalang, Kampung Kerawat, Kampung Paku, Kampung Sejam dan Kampung Sinju. sekolah dibina di Perkampungan Pos Raya yang mana penduduknya juga adalah dari suku kaum Temiar. Manakala penduduk Kampung Pos Slim adalah dari suku kaum Semai.

SELAMAT DATANG
Langgan:
Catatan (Atom)